08 March 2009

Sehari Untuk Nadia Zawani @ Iruka

Nadia adalah kawan aku sejak aku kanak-kanak hingusan. kalau tak silap, aku dah mengenali dia semenjak umur aku 7-8 tahun. Rupa-rupanya dah lebih 14 tahun kami berkawan. begitu pantasnya masa berlalu. Beliau adalah seorang artis (pelukis/seniman) yang sedang meningkat naik. sekarang ini dia sedang di tahun akhir Bachelor of Arts & Design (Fine Arts) di Uitm Shah Alam dan merupakan antara pelajar terbaik jurusan itu. boleh dikatakan kalau si Nadia ni melukis sempoi-sempoi, setakat RM300 memang lepas la. aku sendiri memiliki tiga buah karya si Nadia @ Iruka nih (aku mmg bijak kerana merembat karya dia seblom dia menjadi popular. ahaks). Sepanjang hari ni (7/3/2009), aku melepak dengan dia jek. maklumlah sudah berzaman kami tak berjumpe. sejak masing2 memiliki haluan hidup sendiri kami jarang hang out. aku pun sudah lupa bila kali terakhir kitorang hang out.
NAdia menghubungi aku pada malam semalam (6/3/2009) untuk bertanya samada aku free. kebetulan aku teringat kat dia je 2-3 hari ni sebab besday dia 8 MArch. setelah berbincang sesama sendiri Nadia setuju datang ke Gombak semata-mata untuk berjumpa dengan aku. Untuk itu aku telah reserve sepanjang hari ni khas untuk dia. sanggup aku menunggu laundry aku siap di mesin pada pukul 2.40pagi dan siap dijemur pada pukul 3 pagi supaya by the time aku nak hang out ngan dia kain aku dah siap kering. Tengahari tadi aku menjemput dia di Terminal Putra.
lepas tu
aku belanja dia makan kat Restoran Syed di Tmn MElawati kerana dia telah bersusah payah datang dari Kg. Malaysia Tambahan (dan jugak sebab besoknye besday dia. hehe). lepas dah kenyang dan habis bersembang dan update tentang member-member sekolah Nadia menjemput aku melawat galeri di KL. Ada opening ceremony artis yg terkenal yg wajar dilihat katanya. aku pun out of curiosity menjadi excited nak tengok.
Aku pun memandu masuk KL seperti rusa masuk kampung. sampai je di sana terserempak dengan geng-geng seperjuangan Nadia, dua perempuan dan empat lelaki. aku tak sempat bertanya na
ma. sorang je dpt - OS. peramah betul si Os tu. yang lain mcm malu-malu. aku lagile jenis tak tanye nama sangat. aku kagum melihat artworks seniman bernama Meme yg byk mengambil inspirasi dari lagu-lagu Slipknot dan My Chemical Romance. Untuk lebih detail tentang Art dan lawatan aku ke galeri tu, sile rujuk Post aku: Art Appreciator


Iruka (left) observing Meme's artworks.

Senikah?

Meme's Artwork in Diary form.

PAstu kami gerak ke KLCC plak untuk melawat Galeri Petronas. kat sini takleh ambik gambar. tapi takpelah, aku pun mmg tak minat sgt artworks yg ada disini. 17 Feb - 15 March adalah pameran karya Jeganathan Ramachandran bertajuk Human Watching. juga dipamerkan karya-karya Juhari Said, Zulkifli Yusoff, Shahrul Jamili dan Izan Tahir (five contemporary MAlaysian printmakers) yang bertajuk Go-Block. (goblock? haha). memanglah hari ni hari lawatan sambil belajar Seni untuk aku. Nadia menerangkan banyak teknik-teknik menghasilkan seni kat aku. Aku sebetulnye memang meminati seni. masalahnye aku tiada bakat. tapi takpe, aku bleh jadi art appreciator. haha. sekadar menghargai tapi tidak melukis. Mase kami kecik-kecik kat sekolah rendah dulu, selalu duduk kat belakang dan melukis manga (komik) sama-sama. kire kitorang dah lama jadik mangaka la. pastu kitorang tukar-tukar dan baca komik yg dilukis. memanglah sejak dulu kini dan selamanya lukisan nadia lebih cantik. ade satu mase kecik-kecik dulu aku jeles gile ngan dia dan hairan pesal aku takleh lukis cantik camtu. haha. tapi skrg aku bangge ngan nadia malah aku bersyukur dia memiliki bakat tersebut yang boleh mengisi periuk nasi dia. malah aku telah suka dengan lukisan-lukisan dia semenjak kami sama-sama di sekolah menengah. namun begitu, dulu aku pernah gak la menang saguhati pertandingan mewarna majalah Ujang dan juga johan pertandingan melukis anak-anak alumni SDAR. (aku tetap nak membuktikan bahawa aku takdelah buta seni sangat. ahahaha).
Keluar dari KLCC aku drive ke OU plak. Nadia nak g MPH untuk mencari bahan untuk artworks dia. aku pun sempat membeli seketul buku Charles Dickens bertajuk Little Dorrit yang kini telah banyak kali diadaptasikan menjadi filem. aku berjaya mencari edisi yang berharga RM13.90 berbanding edisi-edisi lain yang berharga RM35 ke atas. well, memanglah hodoh sikit cover buku aku ni tapi aku tak kisah. yang penting isinya. Nadia pun turut membeli buku Jane Austen yang bertajuk Emma. cashier kat situ junior kami di SMKSS. aku siyes tak ingat muka dia. alang-alang sebaya ngan aku pun aku dah lupe inikan plak junior. sahlah aku mmg tak amik tau pasal orang mase sekolah dulu. atau adekah ni bermakna aku dan Nadia popular kat sekolah? haha.
apepepun kami beramah mesra jugak la dengan dia semasa membayar. tapi sampai sudah muka dia tidak menimbulkan apepe ingatan di memori ku. awek tersebut berkata yang dia kini tinggal dekat2 kawasan OU gak. Nadia cakap bdak tu dulu kelas sciences. aku pun di dalam hati berasa kasihan dengan budak tu sebab last-last kami bdak arts stream gak yg maju dalam kehidupan (yeke?).
pastu kami pun balik. hari pun dah malam dan hujan lebat menemani kami sepanjang perjalanan ke Terminal Putra dari OU. Kerana hari sudah malam kami tidak sempat dinner bersama sebab Nadia kene naik tren nak balik umah. atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan aku tak dapat nak mempermudahkan lagi perjalanan dia selain dari menghantar dia ke Terminal Putra. Aku beberapa kali cuba memujuk dia untuk tidur je kat Mahallah aku. tapi atas sebab-sebab yg tidak dpt dielakkan gak dia tidak dapat singgah.
Dengan itu berakhirlah reunion kami.

P/S: Happy Birthday to Nadia Zawani. My friend. 8th March 2009.

"If you could say, with truth, to your own solitary heart, to-night, 'I have secured to myself the love and attachment, the gratitude or respect, of no human creature; I have won myself a tender place in no regard; I have done nothing good or serviceable to be remembered by!' your seventy-eight years would be seventy-eight heavy curses; would they not?"
Charles Dickens: A Tale of Two Cities


On the contrary my friend, you certainly have the love and attachment of your family, the gratitude and respect of your friends and a tender place in my heart. You've had a 23 years of meaningful life. - Sarah.

2 comments:

  1. amboi2 berjalan sakan ye sepanjang hari...xperlah at least u had spent quality time with her...bangga sama kamu sebab menghargai persahabatan yang sudah 14 tahun tu.

    ReplyDelete
  2. alamak kantoi..... :S :D :P

    saye harap kita pun akan kekal lama jugak. saya suka kawan ngan kak fiza. teheee

    ReplyDelete