26 March 2009

Eh?

OMG.... camne aku bleh menulis lagi??? silelah sedar diri wahai sarah
tapi masalahnye aku nak announce kat seluruh Malaysia yg aku DAH SIAP PANDORA
and DAH WAT HEARING
pasal markah tu lain cerita la. yg penting aku dah siapppppppppppp
Ya Allah tak terkata kegembiraan aku nih. kalo aku kurus dan athletic nak je aku wat sommersault dan melompat-lompat kegembiraan. tapi sebab aku ni seorang yg cool. maka hasrat tu aku pendam je lah. ahahaha.
mula-mula aku rasa macam nak drive keluar UIA and pegi Cheras Leisure Mall atau OU untuk tengok apepe movie yg menarik. tapi disebabkan jarak yg jauh dan takde kawan maka aku batalkan shj niat tersebut. yelah, tak sempat sampai balik UIA nanti dah bosan sebab drive jauh tapi sorang je. kalaulah dekat-dekat sini dah ada panggung dah lama aku berkunjung.
tapi aku tetap nak gak keluar. the destination is: JJ Wangsa Maju. pada pendapat aku inilah tempat yg paling best nak hilangkan bosan berbanding sume tempat bosan yg lain spt Carrefour, Tesco & Giant di kawasan nih.
ape yg aku wat? sampai je dlm JJ aku tgk ada exhibition menjual kerepek dan kuih dari negeri-negeri di Malaysia. aku yg sememangnye lapar menerima dengan hati terbuka sample-sample yg dihulur. dahlah sedap. aku pun pusing-pusing kat situ mencari ape yg berkenan di hati. aku mmg dah niat nak jadi shopaholic hari ni. tetapi sbg pengguna yg bijak aku pegi masuk dalam market dulu sblm membeli kerepek yg diminati. kat situ aku beli ape? berus gigi, sushi dan potato salad (makanan gak yg aku nampak. maklumla lapor). pastu aku g survey foodcourt JJ. jalan-jalan cari makan. tapi kehalalan nye tidak aku yakini. maka aku pun naik ke MPH dan membeli majalah, masuk JJ lagik, kali ni beli mug plak. smlm mug aku pecah. dahlah mug tu comel. terpakse la membeli mug hodoh yg selepas diskaun harga dia RM3.50 jek. pastu aku masuk McD (alamak, dah tak boikot ke?). masalahnye mcD jek yg ada tanda halal besor and aku yakin dgn kehalalannye walau ape pun anda nak kata berbanding tempat2 makan lain yg ade disitu. according to maqasid al-shariah..it is tahsiniyyat to eat halal food. plus, aku sangat la lapar...ini plak hajiyyat for protection of life. (warning: this is totally my excuse to justify myself). and lagi satu, dalam McD je yg mcm tak ramai org dimana aku bleh rileks-rileks sambil makan slow-slow. so akupun lepak situ sambil bace majalah. dengan selamba aku makan sekali potato salad yg dibeli di JJ tanpa menghiraukan jelingan tukang mop mcD (excusesssssss).
pas dah puas melepak dan habis membelek majalah women's weekly aku pun berjalan ke arah exhibition tersebut dan membeli rempeyek dal (3 = RM10) dan denderam(juga dikenali sbg telinga kel**g @ peneram). sumenye makanan fevret aku. pastu dengan beg plastik yg penuh di tangan aku pun melangkah pulang.
moral of the story, belilah kerepek di JJ.
terima kasih kerana membace bebelan saya.
saya sangat hepi.

Major works this whole semester:

Homeworks
Tutorials
Classes
PP draftings
Midterm tests x 7
evidence second test
Civil procedure: pandora draftings and hearing
Criminal procedure: Investigation paper & assignment
CPC court observation
Presentation CP
Presentation Evidence
Presentation PIL
Written submission PIL
Presentation Jurisprudence
Assignment/take home test jurisprudence
UNGS 2050 tests x 3
UNGS 2050 presentation
UNGS 2050 book review


Exams:
5/4/09 = UNGS 2050 & PP
7/4/09 = Evidence
9/4/09 = PIL
11/4/09 = Jurisprudence
14/4/09 = CPC
16/4/09 = CP

2 comments:

  1. ya Allah

    and i thought MY sem was bad.

    ReplyDelete
  2. i'm glad its all over. i still had to present two subjects this monday (evening & night) but i've prepared. so my works is pretty much completed. it'll be over after monday. i hope there's enough time for exam. my brain is quite blank and unprepared.

    ReplyDelete