19 December 2008

Codename: Makan

Memandangkan aku bleh pegi mane2 sesuke hati aku dan bile2 mase yg aku suke, aku membuat keputusan untuk merealisasikan rancangan2 aku untuk makan di kedai2 yg aku dah buat mental note nak makan suatu hari nanti. Siang hari di UIA time cuti agak bosan bagi aku jadi aku menceriakan suasana dengan merancang menu harian. ahaks. Jadi aku tak bosan dah.

Restoran #1:
Syed Bistro Tmn Melawati.
Star: 3 out of 5
Cleanliness: 65%
Price: Cheap!
Review: Aku dah sepanjang hari tak makan semalam. so balik dari Cheras aku pun drive ke UIA sambil pikir pasal makanan. tetibe aku dapat idea nak pegi mapley ni coz aku selalu makan kat tmn melawati and lalu depan kedai ni tapi tak pernah berkesempatan nak melawat. Untuk pengetahuan semue, kedai ni agak tersorok. aku datang dlm kol 3pm so almost empty la kedai dia. aku tengok cam bersih je. lebih bersih dari NZ curry house. Akupun hairan apsal org tak menghargai kedai ni. tapi mungkin gak pasal dia tersorok. akupun tengok2 beriyani and lauk dia. boleh dikatakan tak jauh beza ngan NZ. So aku cakap aku nak beriyani bungkus. so diapun bungkus, selonggok nasik dia kasi sama aku. pastu aku cakap nak ayam goreng. dia pun kasi chop itu ayam (bahagian yg aku suka) pastu dia tgk cam sikit dia pun tambah lagi. aku dah risau dah, dia kasi aku bebanyak ni mahal ke tak? setakat ni dah ckop dua orang makan sampai kenyang. pastu aku cakap mau kuah campur dengan kobis goreng. semuanye dia kasi in generous proportion. Now this is what i call Indian Style! its not indian style if you dont get big proportion. time nak bayar aku dah kecut dah. sekali dia kata rm6.50. Wah, enam hengget jek? rugi aku tak amik ayam kurma tadi. ingatkan mahal kedai ni. takpe disebabkan aku hepi, next time aku bawak kaum datang.

Restoran #2:
Kedai Nasi Lemak Marvelous-
Nasi Kukus ayam dara, Tmn Melati.
Star: 3.5 out of 5
Cleanliness: 50%
Price: Medium









Review: Hari ni aku bercadang nak makan double beef prosperity burger. Aku mengidam pasal tengok iklan kat tv. so aku pun drive g McD Tmn Melati. Sampai jek drive-thru aku bapak terkejut tengok harge burger tersebut. dahlah zaman sengkek nih. PTPTN tak masuk lagi. tapi camne ni? aku mengidam! Last2 aku beli gak la burger jek. itupun tak double. beef prosperity burger sebijik dah rm9.50. pergh, gile mahal. Disebabkan aku tensen ngan harge burger ni aku decide taknak makan sekarang. akupun drive ke Kedai Ayam Dara berdekatan. Sape dak UIA mmg takleh taktau kedai ni pasal dia dekat jek ngan Terminal Putra ngan Stesen Taman Melati. betul2 kat corner towards Wangsa Maju. Aku pelanggan tetap Malin Corner, tu pasal selalu tak singgah area ni. aku pun g tengok2 lauk kat sini. ada lauk makan tengahari (aku datang kol 12pm lebih) yg nampak cam best. tapi harga taktau le. next time le aku try. so akupun cakap aku nak bungkus nasi ayam dara. ada dua pilihan ayam = ayam kampung and ayam bandar. Ayam kampung kecik and lagi mahal dari ayam bandar. memandangkan aku nak yg murah jek so aku beli ayam bandar. eleh, lebih kurang jek. ayam gak. dia pun letak nasik banyak gile, kuah, ikan masin, timun, sambal and ayam dlm bungkusan. pergh banyak gile. aku puas hati. pastu aku tanye brape? jawapannye RM6. orrait ah tu. tapi Ayam dara kat Greenwood rm4.50 jek, cume proportion dia kurang sket la. So, nasik kat kedai ni sedap sikit jek dari yg kat Greenwood.



Orrait, ni je a dua kedai yg aku blom pernah try. kedai2 yg dah try takyah la type kat sini. banyak lagi benda lain aku nak wat. roger n out.

No comments:

Post a Comment