Aku bkan nye ade writer's block, tapi aku skrg tengah malas nak menaip. tapi tetibe hari ni aku rase nak cite kat sini pasal aku hepi dengan gigi aku. aaa? apsal aku hepi? ooo ceritanye begini: disebabkan aku melepak kat uia je sejak isnin lepas (aku ade la wat kerja berfaedah spt mengemas bilik, wat keje research dll) maka aku berpendapat eloklah aku ke klinik gigi. kalau tak cuti memanjang penuh jek klinik tu. so akupun g ah wat dental check up. aku nak poyo sket kat sini la kan iaitu sejak aku sekolah rendah gigi aku mmg tak pernah ade masalah seperti berlubang atau berkarang mcm bebudak lain. pastu pasal aku dah masuk 4th year and tak lama lagi nak grad (yeke?) and dah berzaman tak check gigi. manela tau dah jadi apepe kat dlm tu tapi aku yg tak sedar. last sekali aku check mase memule masuk matric. so doktor pun tanye la kat aku apsal aku dtg hari ni. aku ckp je ah aku saje2 je nak wat dental check up. pastu dia pun check ah. dia kata gigi aku takde masalah. pergghh rekod masih dikekalkan. so aku pon interview la doktor tu: "doktor, ade tak gigi saye yg blom tumbuh?" pastu doktor tu kira a gigi aku. dia cakap "ada satu lagi belum tumbuh". akupun cakap "a? yeke? satu je blom tumbuh? apsal saye tak demam mcm org lain time tumbuh gigi yg second last tu?" pastu doktor tu cakap "baguslah tak demam, apsal awak nak demam plak?" pastu aku ckp "hehe takdela, ingatkan wajib demam". pastu dia cakap "awak tak demam pasal rahang awak besar, org lain tu demam pasal rahang dia kecik ataupun gigi dia yg tumbuh tu terlebih besar". pastu akupun bangge dengan rahang dan gigi aku pasal rahang aku besar and gigi aku tumbuh secara normal. ahaks. maka akupun berterima kasih kat doktor itu kerana membuang mase ngan aku tapi dia cakap baguslah aku dtg check gigi. maksudnye tindakan aku ni bijak la. kawan2 contohilah aku. kuikuikui.
Habislah cerita gigi. other than that, aku jaga diri aku sendiri jek kat uia. aku gembire pasal aku dah boleh tidur nyenyak setiap malam. kalau kat rumah aku tak nyenyak coz aku mmg takleh tido kat tempat yg aku tak suka. fikiran aku pun lapang and hati senang kalau aku dok sensorang diri jek. kalau kat umah dah dekat kol 1pm baru aku bangon pasal takleh tido malam. kalau kat uia takyah set alarm pun awal aku bangun. everyday, aku beli makanan kat kedai depan islamic school. malam lak beli kat mahallah hafsa. siang2 aku g library, office etc nak uruskan hal aku. contoh hari ni, aku g check gigi. cube bagitau aku, bagus ke tak hidup mcm ni? jawapan aku....bagus gile. online hampir 24jam setiap hari. maklumlah wireless dlm bilik. kalau bosan ngan wireless aku g library atau ITD lab. skrg ni aku kat ITD lab tapi hampeh sungguh bau lab ni pasal penuh ngan foreigner yg tak mandi. kalau mandi pun aku gerenti dia taktau kewujudan perfume atau deodorant. aku tahan je la nafas aku. selain dari itu, aku low profile pasal aku taknak bersoal jawab ngan pak/mak guard and kerani mahallah. maklumlah aku kan penduduk tak sah. sebab tu malam2 aku g hafsa jek coz aku malas nak keluar gate malam2. kalau tak dapat masuk balik naya jek. nak pasang lampu ngan gune bilik air pun aku timing gak. aku bkan la paranoid ke hape tapi aku just berhati-hati. kalo ditangkap naye a pasal aku dahla wat duplicate kunci. mau berkepok saman aku nanti. ok ah aku nak g library ah. tak tahan bau kat lab ni. sekian....
No comments:
Post a Comment