Okey, post untuk story pasal kerja dah pun siap dan published. sekarang aku nak cerita pasal trip aku ke Penang.
memule skali aku nak cakap: Marvellous, Fantastic, Sgt Best, Wowiee!
Day 1:
Day 2: Pagi2 lagi aku dah bangun dan bersiap untuk food tour aku. kali ni kami akan bersarapan di kedai roti bakar dan canai. buat pertama kalinye aku akan dapat merasa roti mamak yg sebenar. kami sampai di kawasan depan Maliia Bakery:
atas: Maliia Bakery atas: tempat makan!
...dan terus duduk untuk bersarapan. memang best dan rasa makanan ni mmg tidak terdapat di Kuala Lumpur, Seri kembangan mahupun Gombak (tempat2 aku). Aku makan Roti Canai dan Roti Bakar Butter n Kaya + Half Boiled egg (super!)
Penang Tour - selepas tu aku perlulah melakukan aktiviti2 membakar lemak seperti sight seeing. tapi sebelum tu aku, Fiza & Muna pegi beli tiket balik pada hari ahad nanti di Tanjung MArina. why here? sebab aku terpakse beli tiket yg mahal untuk naik bas yg lebih selesa kerana didapati aku tidak mampu mengharungi perjalanan seperti semasa aku datang itu sekali lagi.
HArga???? RM68 jek. murah la dari tiket kapal terbang. huhu.
lepas tu kitorang pergi melawat P Ramlee House seperti yg dicadangkan di dalam brochure melancong. masuk adalah percuma. Aku selaku self-proclaim peminat P Ramlee berase terharu melihat sejarah kehidupan beliau. sememangnya seorang genius tu kalau dah genius tidak akan mengira asal usul dan darjat. seterusnya, kami mengisi masa lapang dengan melawat Fort Cornwallis. Entry RM3. disini aku agak kecewa kerana tiada ape untuk dilihat melainkan meriam2 lama. pelancong terpaksa membaca segala macam tulisan disini untuk mengetahui segala sejarah. masalahnye kami pelancong ni dah penat membace, sebab tu la kami pegi melancong. kalau melancong pun kene membaca ape ke halnye? hai, nama pun sight seeing kan...we want to see sights not words. anyway, kesugulan hati terubat dengan buaian lama yg ada di dalam fort nih. kami pun ape lagi, tanpa berfikir panjang terus mempergunakan buaian ni dengan sewenang-wenangnye:
Makan - lepas tu kami pun keluar untuk mencari makan tengahari pula. KAmi g bungkus nasi kandar Immigration:
Memang BEst!
lepas tu g bungkus cendol pulut di sebelah Chowrasta dan dibawa pulang ke rumah Fiza untuk dimakan beramai-ramai:
aku sungguh tidak dapat mempercayai hakikat bahawa dengan harga yg bapak murah kami dapat makan makanan yg paling best dalam dunia. Air soya bean kat kedai cendol pulut tu pun sangatlah hebat penangan nya, tak ketinggalan cendol nye yg hebat jugak. semua ini kumakan dan aku kenyang sampai lah di saat aku sedang menulis di sini.
Sambungan:
lepas makan kat umah Fiza, aku pun balik ke hotel untuk berehat sebab gendang gendut tali kecapi.
Lepas maghrib Fiza amik aku kat hotel dan kami pergi Gurney Drive sekali lagi. berbeza dari semalamnye, kali ni aku nak makan pasembur yg diwar-warkan sebelum ini. Perhatian, ejaan pasembur adalah p-a-s-e-m-b-u-r bukan pasembor mahupun pasemboq. haha.
Selepas makan, kami bertolak ke Night Bazaar yg cukup popular di Batu Feringghi sehingga tersenarai di dalam brochure pelancongan yg aku ada. disini aku mengambil kesempatan untuk mencari cenderahati untuk kawan2. however, memandangkan pelancong ramai bertumpu di sini, harga barangan tidaklah terlalu murah. aku cuma membeli dua tiga souvenier sahaja itupun apa yg menarik minat plus berjaya ditawar oleh aku. Bazaar ini memanglah tersangat panjang. memandangkan kami sampai pun tidaklah awal, maka tak sempat nak habis jalan kebanyakan gerai sudah mula bungkus.
kami mula bertolak pulang selepas jam 12 malam. sampai sahaje di bilik hotel aku terus tidur di katil yg empuk. maklumlah sembahyang di kerjakan secara Jamak dan Qasar.
Day 3 (last day):
Aku mula berasa sedih kerana pelancongan aku sudah pun sampai di penghujungnya. terasa tidak cukup. aku agak menyesal sebab tak tempah hotel sampai 4 atau 5 hari. tetapi jika difikirkan balik bagus lah tak cukup. dengan itu aku akan terus mengingati tempat ni sampai bila2. bila melancong tu biar jangan sampai terasa bosan. bila dah bosan rosaklah trip tersebut. ok tak analogi aku? haha
pagi-pagi lagi Fiza dah amik aku untuk dibawa bersarapan. kali ini aku makan roti canai seperti di atas. fyi, roti canai di Penang dihidangkan dengan seketul daging yg empuk. dan juga tosai. aku gembira sebab hidangan tosai disini lengkap dengan segala kuah yang aku perlukan terutamanya idli. kalau di tempat aku susah nak jumpe. kali ini kami bersarapan di sebuah restoran. mulanya nak pergi tempat tepi jalan jugak tapi takde parking.
tiket bas aku pukul 3pm. so, kami takde mase nak melilau jauh-jauh sangat. so, kitorang pegi Gurney Plaza. aku saje je nak tengak samada berbeza ke tidak shopping complex kat sini. sah takde beza. haha.
PAstu, kami keluar pergi cari makan tengahari. kali ini destinasi adalah Restoran Hameediyah yang cukup popular di Penang. Mak Fiza (auntie) pun ikut sebab auntie memainkan peranan penting membeli makanan di dalam kedai ini (kalau aku atau fiza yang beli akan diketuk dengan sewenang-wenangnye).
auntie sedang memberi arahan kepada tokey kedai mengisi lauk kedalam plastik
nasi briyani. nampak simple tetapi menurut pakar makanan aku (Fiza n co) inilah briyani sejati.
lauk - pauk. cuba teka total lima orang makan punya lauk pauk yg mcm ni berapa? RM45 jek. gile ah. nasib baik aku tak jadi penduduk pulau ni. kalau tak, mesti aku lagi gemuk dari sekarang.
Saraahh!! wei gi PP tak ajak akak! takpe-takpe ada ubi ada batas. hahaha.. PP memang best sarah, akak tak de lah berjalan sakan cam awak, but situ memang best. Ada satu restoran seafood dekat ngan pantai. satu2nye restoran seafood melayu kat situ. Kat Marina bay kalau tak silap. Sedap giler makanan kat situ..
ReplyDeletepepun welcome back. mesti penat berjalan ek.
Lagi best kalau hafiq ikut!
ReplyDeletekak fiza : ala, jgn la jeles. saye dtg penang ni selepas bertahun-tahun tak datang. last sekali mase kecik2 dulu. rasenye ini baru kali kedua mai penang.
ReplyDeletehafiq: heheh yeke?