22 November 2009

Its been too long

Ada orang kata bila dah ada blog, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk selalu update. tapi aku tak sependapat. bagi aku, kalau aku ada blog, suka hati aku la bila aku nak tulis. aku tidak mengharap ada orang nak baca tapi kalau ada orang baca aku harap ia berfaedah kepada mereka.

Yes, apalah sangat kisah-kisah kehidupan dan ketidak puasan hati aku berbanding artikel-artikel politik mahupun isu-isu semasa. tapi orang kata, it's a free country.

Aku tidak pernah ada definisi yang tepat tentang perasaan aku. kadang-kadang aku sengaja mencipta keadaan di mana aku tidak perlu berasa apa-apa. aku suka berasa senang. tapi aku lebih suka tidak berasa apa-apa dari rasa yang agak hampeh.
Aku sedang tertanya-tanya, betulkah aku sudah tamat pengajian selama 5 tahun setengah sebagai pelajar? adakah aku in denial? tidak, aku bukan in denial. aku cuma realistik dan praktikal. realitinya result tak keluar lagi. jadi tidak dapat dipastikan samada aku benar2 telah tamat atau tidak.
aku memang tidak faham apa yg dihuru-harakan oleh semua orang sekarang ini.
Yep, aku memang kurang genius sehingga terdapat keraguan untuk aku lulus semuanya. tetapi walaupun seseorang itu genius sekalipun masih terdapat ruang untuk dia tidak lulus. kerana kita bukannya boleh melihat masa depan. jadi tidak perlulah nak terkinja-kinja. tapi kalau lulus pun tidak bermakna boleh terkinja-kinja.
Aku lebih suka berasa yang aku ini bodoh dan masih banyak yang perlu dipelajari dari merasakan yang aku ini sudah cukup pandai. Kerana kebodohan sebenar adalah merasakan yang anda sudah pandai.

bercakap tentang terkinja-kinja. aku terfikir, walaupun kita semua lulus dengan jayanya apakah yang telah kita kecapi sebenarnya?
Manusia telah mengubah sejarah walaupun umurnya baru 20 tahun. (siapa? google la banyak je)
tapi ape yg kita dah buat? Macam tak ade apepe jek. Kemunduran lagi ada lah.
Bagi aku adalah satu kemunduran kalau kita terlalu terikut-ikut dengan benda-benda pelik yang ada di sekeliling kita. bila kita menolak dikatakan tradisional dan tidak ikut peredaran zaman. kalau kita serius pun orang kata itu masalah. padahal, orang bangkit dari benda-benda pelik yang mereka sedang lakukan sekarang untuk mencipta satu tamadun. tradisi adalah modernisasi. menjadi orang yg tradisional sebenarnye tidak kolot. ia ada lah satu class dan prestige. kerana tradisi-tradisi, custom etc itulah yang membezakan orang yang modern dan orang yang kolot. sebenarnye orang yang dikatakan 'moden' itulah yang kolot kerana kembali kepada kegelapan. mereka bukan moden, mereka cuma sekular dan tolol.

Aku cuma merenung sendiri. Aku mungkin juga telah melakukan banyak benda yang bodoh. tetapi aku merasakan yang aku juga telah menjadi sedikit dewasa berbanding sekiranya aku tidak berjaya hidup di dalam institusi yang autocratic ini. sekurang-kurangnya aku dapat melihat bahawa mereka tertanya-tanya mengapa pelajar mereka tidak berfikiran terbuka dan bodoh seperti lembu yang dicucuk hidung sedangkan institusi mereka sendiri yang mencucukkan besi di dalam hidung 'lembu-lembu' tersebut.

Aku juga tidak mempunyai jawapan mengapa aku menulis sebegini. mungkin kerana inilah perasaan aku sekarang. dan hanya inilah cara dan gaya untuk aku meluahkan. atau mungkin juga kerana aku sedang membaca karya-karya Wahba dan penulis-penulis lama yang lain. Selepas ini aku mahu membaca Crime and Punishment by Fyodor Dostoevsky disamping menghabiskan buku Charles Dickens (Little Dorrit).

Ape plan aku pasni? malaslah nak cakap. aku ni bukan orang yang suka bermimpi. aku nak teruskan kehidupan. mencapai segala peluang yang ada dan tidak memilih sangat. aku akan teruskan dengan chambering sebab itu adalah pilihan yang paling logik. tetapi sekiranya aku mendapat tawaran yang lebih baik aku akan terima je. Sementara menuggu result aku mungkin aku bekerja dimana-mana yang patut untuk mengisi kocek. tapi aku tidak mahu terlibat dalam dunia kapitalis yg kejam dan bekerja di restoran makanan segera atau shopping complex.
aku juga teringin nak membuang masa dan duit dengan lepak2 dan shopping2. tengok wayang etc. aku paling nak sekali pegi bercuti. tapi tengoklah kalau ada rezeki lebih.

dah ah, bosan plak. cukup sampai sini. adios.