16 October 2009

The Dark Lord of My life

Siapakah lelaki yang selalu berdiri di sebelah saya selain Hafiq sepanjang 4 tahun di AIKOL?
Jawapan: Dark Lord

Kepada Dark Lord,
kehadiran anda di sebelah saya amat menghairankan dan creepy. siapakah anda di mata saya? tiada siapa siapa.
Ya, mungkin orang lain suka berada di sebelah anda (kot). tetapi saya terasa pelik.
kalaulah anda membaca post saya ini
kalaulah anda boleh faham

Anda tidak mungkin menjadi kawan saya kerana apabila saya terfikir bahawa anda suka berdiri di sebelah saya secara pelik, mana mungkin anda menjadi kawan saya?

Apakah yg bermain di fikiran Dark Lord sepanjang 4thn ni apabila dia berdiri di sebelah saya? sungguh misteri.

Wahai Dark Lord, kehadiran anda di sebelah saya tidak mencabar saya. abaikanlah segala usaha anda.

Okay, mungkin semasa saya hingusan saya ada membuat silap terhadap anda. tetapi saya sudah berasa bersalah dan sudah melupakannya. apa lagi yg anda mahu?

tidak bolehkah anda melupakannya? saya bukannya perempuan yg boleh mematahkan hati anda. banyak lagi perempuan lain yg jauh lebih hebat.

Tidak, saya tidak tertarik dengan anda walau apa pun taktik anda. haha.

Selamat tinggal Dark Lord. lupekan je la saya. haha

Hai, kalaulah aku mempunyai kekuatan untuk mengatakan sendiri semua ini kepada Dark Lord.

No comments:

Post a Comment