30 June 2009

Never say goodbye




Post hari ini adalah post khas untuk aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff dan peguam di Messrs KP yg telah banyak memberi tunjuk ajar kepada aku. FYI petang tadi adalah hari terakhir aku bekerja part time sbg conveyancing clerk.Sebenarnya mereka bukan sahaja telah mengajar aku Banking & Finance. Malah sebenarnya mereka juga mengajar aku tentang kehidupan bekerja. dan yang paling mahal sekali, mengajar aku melihat masa depan aku sendiri.ketahuilah bahawa kalau kita memberikan ikan kepada orang yang kebuluran dia akan kenyang pada masa itu sahaja tetapi jika kita mengajar dia memancing maka dia akan kenyang setiap hari. dan di dalam Islam pula ilmu yg kita berikan kpd orang lain pahalanya terus kita miliki selama org itu, dan org yg diajarnya mempraktikkan ilmu itu.kalau difikirkan, keuntungannya dari segi pahala mmg berlipat kali ganda kalah skim cepat kaya. ilmu yg aku terima, pasti akan aku gunakan sebaik-baikya. sebetulnya aku mmg tidak pandai mengucapkan selamat tinggal. aku merasakan tidak perlu ada kata-kata perpisahan itu sebab dunia ni kecik je, esok lusa bleh jumpe balik.dan kalau boleh aku tidak mahu meninggalkan sesiapa. ucapan selamat tinggal bagi aku seperti memuktamadkan sahaja perpisahan itu.oleh itu, terima kasih dan jumpa lagi. i will be looking forward to be seeing you all again.okey, habis kata2 mukadimah yg aku telah berusaha menulis dalam BM yg paling skema mampu aku ciptakan.mari aku perkenalkan korang semua kepada rakan-rakan seperjuangan yg telah membuatkan percutian semester aku sungguh terisi dengan penuh peristiwa:
yg ni kak lina, dia adalah salah seorang dari dua tok guru aku where i have to learn as much as i can as fast as i can. kak lina ni bz je memanjang tp dia sabar jek bile aku tanye soalan. sebenarnye soalan aku tak putus2. aku tau kak lina tensen jek ngan aku. hahaha. sorry kak lina, apepe pun tenkiu very much!
yg ni kak liza, lg sorang tok guru yg byk mengajar aku tentang camne nak wat keje. aku syorkan tok guru ni la tempat korang semua nak blaja conveyancing sampai jadik terer. caution: not for the weak at heart. ahaks


kesimpulannye aku byk belajar dari kedua-dua tok guru aku nih. aku respect diorang ni sebab bkan semua org bleh jadik legal staff. in fact Charles Dickens penulis terhebat yg aku kagumi pun pernah jadik legal clerk before dia menjadi terkenal sebagai penulis. dan aku sgt berbangga sebab dapat merasa walaupun sekejap pekerjaan yg hebat nih.


yg ni kak lin, sejak kehadiran dia aku bukan lg org baru. tp x dpt nak berkenalan dgn lebih lama lagi sebab baru je beberapa minggu dia berada kat sini aku sudah habis kerja. hehe. apepe pun its very nice meeting you :D



yg ni kak Zaharah, antara org pertama yg menegur aku pada hari pertama aku di firm tu. mase last day aku mcm tak sampai hati plak nak berhenti. pandai betol kak zaharah ni memanipulasikan perasaan aku. cuma aku tak tunjuk jek pasal aku ego. teheheh. mase kat opis kak zaharah ni selalu wat aku gelak dgn kisah2 dirinye.





okey, inilah jack of all trade kat dlm firm ni. nama dia Azni. mase memule nak mintak keje aku deal dgn dia ni lah. pastu dah dapat keje, aku selalu mintak pen kat dia pasal pen aku asyik hilang jek. hehe. dia ni semua pun pandai, buat accounting pandai, angkat tepon pandai, dan paling pandai sekali berurusan dgn abang posmen yg kacak :P

aite, ni je lah yg bleh aku bebelkan, hope u guys (especially staff kat firm tuh) enjoy this entry. maafkan aku segala kesilapan yg aku sengaja dan tak sengaja buat. see u again! bye!
-Sarah @ Tune Hotel, Penang


















No comments:

Post a Comment