01 January 2009

MAlam Tahun baru dan Tahun BAru































Malam tadi kami bertige (aku, fiza n bidi) g makan kat tempat western. Aku lupe lak nama kedai tu. tapi dekat Keramat AU. Terlupe nak amik gambar kat signboard. makanan ok la. standard la. akupun tekak tak western so tak reti la nak komen lebih2. cukuplah setakat letak gambar makanan kat sini sudeh. Pendek kata semua yg western ada la kat situ. Ice blended tu show jugak la. siap ade biskut oreo lagi. kitorang tak sambut new year's eve pun. tapi dah member ajak keluar. kita keluar. rezeki jgn ditolak. huahuahua. tambahan kalau dibelanja.


First day of the year adalah besday salah seorang kenkawan aku. nama dia WMZ (seperti yg tertulis di kek tersebut. haha) aku sebenarnye nak cakap, dia ni bf kawan baek aku - Fiza. tapi dia yg suruh jgn menghebohkan hal tersebut sangat. yelah aku memahami. ahaks. Anyway, sangatlah tak releven walaupun dia bf kwn aku maka aku nak citer pjg lebar lak pasal WMZ je kan. sebnarnye aku (dengan pertolongan Hafiq) telah berjaya membuat surprise kepada bidi pada hari ini. Malam tadi aku ngan Fiza pegi tempah kek kat Baker's Cottage tanpa pengetahuan Bidi. Kek tu OK la. ini pun lagi satu aku mmg kureng makan so aku tak reti nak komen tapi lebih sedap dari kek yg tak dijual di bakery la. harge pun berpatutan.

Hari ni Fiza n Bidi g la KLCC and Fiza membuat surprise dengan membelanje bidi makan di Chillis. untuk pengetahuan tuan2 dan puan2 semua, kami ni bkan la jenis yg g chillis macam pegi mapley so kire g chillis hari ni dah show gila la. Jadi ini kejutan pertama buat bidi. Fiza terpakse meninggalkan kete nye kat aku supaya aku bleh g amik kek and wat delivery ke klcc. maka aku ngan hafiq pun menjalankan tanggungjawab.
















tapi seblom tu kitorang g isi perut kat KFC dulu. tetibe ternampak la skuad perodua era kat KFC wangsa maju tu. but, kitorang tengah rushing nak g amik kek so takde mase la nak tunggu kat situ.

Sampai jek kat Chillis aku pun main masuk je kedai yg aku seumur hidup tak pernah masuk dengan selamba je. aku cakap "I have delivery for table 6" and urusan men-surprisekan Bidi dgn management Chillis pun berjalan lancar. Manager yg bernama Chee (akupun lupe da nama dia, penat je berkenalan. ahaks) tu baik gak la kerana sanggup menguruskan hal ni. aku pun explain la yg "the guy doesnt know anything so he shouldnt be seeing me right now" bla bla bla. and Chee pun menawarkan bebudak dia untuk menyanyikan lagu hepi besday. aku pun dalam hati berasa yg ini sudah bagus pasal kalo harapkan aku nak menyanyi mcm tu kat public place mmg kem salam la. Fiza plak kalo takde geng mane la mau nyanyi. Hafiq boleh la nyanyi kot tp aku rase kalo dia sensorang je nyanyi baik takyah nyanyi langsung.

Tunggu punye tunggu kek pun sampai la ke meja mereka. satu la yg aku suka kalo g tempat memahal macam ni diorang pun otak western so kerja2 mcm ni mudah je. diorang plak yg lagi kreatif dari aku (maklumla aku tak western). aku tak sempat la nak tengok expressi muke bidi tapi aku yakin mmg priceless la (sile tengok gambar bidi yg masih dalam keadaan terkezut). anyway, waiter and waitress yg angkut kek tu pun mmg bagus gile pasal diorang bagi bidi nampak diorang ramai2 angkut itu kek tapi dok sebut meja lain and bile letak kek kat meja diorang baru bidi sedar kek tu untuk dia. lepas habis nyanyi aku ngan hafiq pun muncul and wish hepi besday kat dia.



















lepas dah wish kat bidi aku ngan hafiq pun angkat kaki. Aku cuma bersikap sporting je taknak kacau daun. ahaks. maklumlah bkan selalu diorang ni dapat sambut besday masing2 together. so aku ngan hafiq berjalan-jalan dlm klcc je. harap maaf la aku kurang berminat dengan makanan western. dahla mahal. tekak pun takleh terima. tapi kalo bagi free aku santap je.

aku g la beli toilettries mane yg dah habis tu. and hafiq g tengok2 barang. kitorang nak tunggu diorang abes celebrate then bleh la balik sesama. tak lama pun kitorang lepak situ. lepas tu kami pun balik ke UIA.














Ni gambar aku ngan hafiq jalan2. Hafiq takde keje kat Sasa maka dia pun meng-abuse henpon aku untuk bergambar seorang diri. aku termasuk sekali dalam gambar nih.

7 comments:

  1. aha.bidi si classmate ku..

    ReplyDelete
  2. hey lady in pink rindula...and si hafiq tak habis2 amek gambar sendiri ye..mmg hobby die...huhu miss you two so much

    ReplyDelete
  3. Cik LuLu: kak fizaaa!!! sampai hati menghilang tanpa mengucapkan selamat tinggal. dimanakah kak fiza skrg??????


    RyZ4L: kalo lapa g makan. makan kat kenduri. ko kan selalu g kenduri. ahahaha

    ReplyDelete
  4. aku dah agak ko kenal bidi :)

    ReplyDelete